Friday, October 28, 2011

Thanks Allah. ! Aku masih mampu menangis..


Alhamdulillah.. Hati saye masih belum mati.. Sebab saye menangis. Kenape?? hrmm..~ 
kisah malam ni.....~

Tenangnya hati ni bile dengar suara Azan.. Ya Allah. Hanya Kau yang tahu betapa pilunya hati ni bila mendengar alunan suara puji-pujian pada Mu. Kerinduan yang tak tertanggung. Sayunya hati bile mendengar orang lain berpusu-pusu memuji Allah SWT. Sedang kita hanya di penjuru Rumah Allah yang gah.. Hanya mendengar.. Hanya. Tidak bersama-sama..
Maghrib tadi Rumah Allah disini diimarahkan dengan majlis bacaan Yassin dan Solat hajat.. Alhamdulillah.. Berakhir dengan aman, lembut dan penuh kasih sayang.. Seolah-olah malam disini bersama meraikan majlis ilmu itu. Hujan renyai mengiringi alunan ayat- ayat suci..

Usai solat Maghrib, rumah Allah itu berbunga harum dengan wangian syurga.. Dari sudut Surau Al Hidayah tu, saye dapat lihat kawan-kawan saye khusyuk mendengar usrah yang disampaikan oleh Student MA. Alhamdulillah.. Anak muda tu tenang je berkate-kate. Manis ayatnya. Lembut saje tegurannya.  Walaupun hanya sekejap, setiap kata- kata yang dituturkan olehnya amat berharga. Ya.. Wangi benar surau itu.. Kerana setiap majlis ilmu itu ibarat taman- taman syurga.. Betul x??

Lepas tu, Surau Al Hidayah bergema lagi dengan alunan merdu Surah Yassin.
Entah berapa kali saya air mata saye laju turun dari pipi ni. Air mata itu  tanda…Malunya saya pada Yang Maha Pencipta. Sayunya hati bila hanya mampu memandang teman2 berlagu dengan ayat-ayat suci Al-Quran.. Air mata ini mengalir lagi bile seorang teman menegur saya apabila saya terlajak perbuatan apabila teman-teman yang lain membaca Surah Yassin. Ya Allah.. Hanya kau yang maha mengetahui kerinduan hati ini dengan kalimahmu.
 Ya Tuhan yang Maha pengasih.. Indahnya kalimah dari kitab sucimu,. Bait – bait ayat yang meniti di bibi saudara- saudara ku cukup menusuk kalbu.. Ya Allah.. Ampunkan lah dosa-dosa hambamu yang hina ini..
Ya Rahman.. Ya Rahim..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.. Sesungguhnya Kau mendengar segala doa hambamu.. Ya Tuhan ku.. Ku merindui Hidayah mu.. Semoga aku takkan pernah lelah dalam mencari keampunan dan keredhaanmu..
Saye cume bermonolog dalam hati. Jauh di sudut hati saye rindu dengan kalimah2 Allah itu.. Sungguh! saya aman waktu itu.. 

Alhamdulillah.. Selepas bacaan Yassin, mereka Solat Isya kemudian dengan Solat Hajat..  Air mata wanita ni memang mudah je nk klua kan?? Bile tengok kawan2 dok berpelok2 nanges2.. Hati ni sebak.. Yela, sape tak sedih. Kami buat solat hajat ni sempena Final yang nak datang ni. Hari- hari terakhir kami bersama. Tak lame dah pon.=((
 Dah hamper 3 tahun. Susah senang, suka duka.. Banyak yang dah kite lalu. Macam2 kan.. Tapi tu la. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Dan.. Setiap akhir satu kisah adalah permulaan pade kisah yang baru.. Persoalan cepumasak nye.. Da sedie ke??
Keh3…~ Tepuk dade ase saket .. =D
Pengubat sepi. Peneman waktu duka.
<3


No comments:

Post a Comment

kawan2 si gemok.