Wednesday, October 26, 2011

I LOVE my career (err..i mean my future career)

I'm counting days. Final for Diploma In Nursing. Pheuhh~ Tapi , sebelum menyambung kerja2 mentelaah ni, mengoogle, memfacebook dulu.. Rutin pagi di hari cuti  ni, atau kalau kerja shift petang. Blogwalking..Yeay!
Jalan punye jalan.. Jumpe artikel ni. So, dapat mengurangkan stress jadi nes ni, n bagi semangat nak exam.
artikel ni saye pernah bace kat Metro. Dalam ruangan surat2 tuh rasenye.. Tapi ade orang da taip buat entry or note kat facebook. Menarik unuk direnungkan.




Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.


Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?
Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?
Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.
Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?
Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?


Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.
Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.
Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.
Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.
Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.
Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.
Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.
Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.
Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.
Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.
Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.
Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.
Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.
Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.
Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.
Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?
Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.
Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.
Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.
Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.
Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.
Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.
Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.
Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.
Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.
Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)

i'm proud to be one of NURSES out there..

Tuesday, October 25, 2011

bile semua orang mengaku die baik, sape y jahat?

Bila kita cuma nampak salah orang, salah sendiri akan ditutup oleh bayang- bayang keangkuhan kita.
Ya Tuhan Takburnya kita. Apabila kita hanya mahu kita yang menang, maka Tuhan akan menunjukkan kuasannya. Kita tak selalu menang.

Malam ni tiada mood berbloging. Sebab. Hari ni saye dah merosakkan sebuah hubungan persahabatan dengan mencuba membetulkan keadaan. Niat hendak menasihatkan kawan dah disalah gunakan, dan modal itu diguna untuk bertelagah. Kenape manusia ni tak boleyh ditegur. Kenape manusia ni selalu membenarkan kata-kata mereka. Kenape manusia bangga melakukan kesalahan.??
why?? Why i'm asking this??

Keburukan orang dijaja2. Kesalahan sendiri disorok2.
Adat kan. Manusia ingin selalu nampak cantik di mata manusia lain..
** mengeluh..

kalau boleh, saye mahu seyum selalu.
Malam ni , tidur tak tenang..

Sunday, October 23, 2011

Accidently having fun.

Si gedik bangun pagi di hari minggu.

Well.. setelah rancangan balik kampung tergendala.So, saye pon merancang untuk memerap dalam bilik. (sedey lakonon) Ramai jugak la rakyat kelantan yang ta dapat balik nyer. Tapi yang paling tacing, i la kan.

Ok. Then saye dan rakyat2 kelate yang terpperap telah memikirkan idea untuk menghabiskan mase hujung minggu yang sunyi sepi sebab 18 drpd 20 bilik kat aras saye tuh kosong. Sunyi kan..?? oke.  Ade la sekumpulan membe 2 saye nih nak g melancong ke Lost World Tambun kota keriangan. Hahaha.~
Saye ta mau keTambunan.. Entah la nape. Rase kemalasan nak ketempat happening centu.  Berpikir semalaman..~
Pagi tu, Fie, si jiran depan dating kejutkan saye. Katenye cepat siap. Kite ke hotspring .(sebelah saje dengan kote keriangan tuh)
Bersiap.. Pastuh turun menyertai rombongan ke LWT. Tumpang sekali. Sehala kan.. Sambil menunggu van yang mengangkut, saye sudah berangankan relaksnya berendam si air panas. Weewiittt~
Van sampai. 13 semuanya.. Gembira memang terserlah dari muka semua.


 
rombongan cik kiah di pagi hari.








Uncle van pon hantar la sepuluh  orang rombongan ke LWT. Kami 3 orang ke Hotspring.  
Ucap babai kat kawan2 dulu. pastuh uncle pon bawak kami pergi..


Sampai kat pagar Hotspring tuh. View die memang maveles la.!!  Eksaited na turun da. Tibe2 pak guard datang. Cakap2 dengan uncle. Kami pandang.Pastuh uncle gelak2. Uncle naik van, gelak lagi.
"Adik, itu air panas sudah masuk dalam. Die sudah pam masuk dalam". Uncle pandu van blah dari situ. kami 3 sekawan tercengang. (ta paham sbnarnye) 
Saye dengan spontan memimikkan muke ta paham. Uncle pon cakap " Tempat ni da tutup, dia mau renovate maunaik hotel. Itu air, sudah pam ke dalam"
oke, blurr lagi. "Dalam mane ??"
"Itu tempat yang kawan u pegi la.." 
kami 3 orang tepuk dahi. Dish3..~ Aiyakkk... kene pegi LWT lajugak niii..

Uncle hntar kami ke Lost Word. Haish3.!~ haha.. Kami gelak lagi..Sampai kat sane, kami suprisekan mereka. Mereka gelak kat kami. . haha..
lucu.!
Tapi gembira jugak hari tuh.Happy sangat. Mase2 terakhir dengan kawan2 tersayang.    
scary betol naik benda alah ni.
tapi i steady jer.

rombongan cik munah eksaited.!




nilah kolam tuh. yang uncle cakap dah dipam tu. ade lagi gambonye tapi banyak sensed..

manjakan diri dengan foot spa. hee
satu hari nanti saye pasti nanges bile ingat memori ni. Oh.! sweet saturday.
Syukur dengan ke tak sengajaan ini. Heee..~ Ta sabar nak bawak buah hati datang  sini.
Si jantung hati.. <3


Thursday, October 20, 2011

Frust .=(

    Countdown to final lagi 11 hari nak final exam.. Brrrr~ tatott!! Sile lah takut wahai farah si malas.. hihi.. oke sedang takut la ni. Stakat takut je xjadik la bhai.. Bak kate cekgu saye( lecturer) dari mane datang perkataan CEMERLANG tuh?? Jatuh dari langit ke? Xamungkin la kan. Hee.. No pain no gain la kan kawann.. InsyaAllah. Usaha akan ditingkatkan lagi.  InsyaAllah saye takkan hampakan pembayar2 cukai pendapatan di Malaysia kerane adan2 semua la saye dapat elaun ni kan.. Alhamdulillah.. Elaun dapat hesokk.~ yeay! Keh2.
=))

Ketakutan ditambah dengan kekecewaan tak ley balik kampong halaman tercinta. Minggu ni adalah minggu revision bersama pengajar , so jumaat sabtu cuti lah.. eh.. silap2. Tuh untuk Kelantan,Tganu n Kdah ja.. Kat sini sabtu ahad. Ceittt~ Memandangkan pereksa bertulis jatuh pade 8/11. So, cert eke hari ape sebelom tu?? Yesss.. Raye aji.. Uwaaaa~ Tahun kedua saye ta balik beraye korban.Ni belom jadik setapnes lagi ni.. Aiyakkk.. Sedeh n tacing jugak.. So, saye pon nak le balik ujung minggu ni kan. Da raye ta pat balik kn.. huk3.. Sebelum ni ade dak ni nak buat bas charted. Last minute cancel sebab ta cukup orang.. sobs~ Bile carik tiket last minute ni. Hamik kau.. Takde dah la cik kakk oii.~ Sile paham ye.. Orang lain dapat cuti ta macam awak cik farah. Orang lain cuti tros sambung ngan cuti Depa. So, tiket da abes la.. Dukecite dimaklumkan tiket ke Kelantan da abes.. Weeekkk!!  Saye da terlalu excited nak balik ni.Sampai dalam kelas asyik la terbayang muke2 yang sgt dirindui. Hadehh..Angau macam orang kapel2 lak..  Da jadik camni, nak tanak, kene redha je la. Ade la 2 orang membe yang dapat bli tiket last tuh.. Bertuah kan dorang?? Kalaulah saye manusia bertuah tu.. kalaulahh..



Kemarahan, kesedihan, kefrustan, kemalasan, ketade mood.. keeeeee la sangat.. Why..!! Whyyy!! Huhuk..
**Senyap kejap.


Nak wat cemane tade rezeki na balik kan. Mungkin ade hikmah  kot kat mane2.. Yang penting skang, mase untuk speed up. Mase da ta banyak…
Doakan kejayaan saye ye.. Amin..

Friday, October 14, 2011

Moody.

Speechless~

Entah la kenape arini. Angin hape da tersampuk kat saye pon ta tau. Yela balik dari keje  terus g mandi. Rutin biase selepas balik keje.---> lepak bersame sahabat sekerja.

    Tapi lepas keluar dari daerah lepak tuh,asesemacam je.. Nak marah, tensen, menyampah..
Kenape?? Mungkin ade sesuatu yang diucapkan oleh dorang. Mungkiin.. Yang tuh saye cite esok je.. hehe..
Agak lae termenung kat depan lappy. Lame jugak saye dop pikey nk buat cemane bagi mood oke.
Pasang video buah hati pengarang jantung la.. Zizan ~ weee.. haha..(gatal lagi)
 Sekejap jela hepy bile tengok lawak2 sengal Zizan saye.. hihi..=D tapi lepas tu ati bbalik pade ketak tenteraman.. Haish.. ** termenung.
    ** selepas bebrapa lame termenung, Betty ajak g toilet. Mase kat toilet tu dapat inspirasi.
Amik wudhu. Solat. Bace Quran..
Alhamdulillah..~

smile for a better tomorrow..




PS: Mengeluh je tak jadi hape la.. Back to ur creator tu lebih baik..
=))

Thursday, October 13, 2011

Farah, Aku da nak kawen...

Petang yang dingin..~ Selepas solat Asar, mate kembali tertutup.. Oh.! Heaven nya ase dpat tido.. Oke ta senonoh ye tido selepas Asar. Tau2.. Tapi terrr~ tido.. nk wat cemane kn.. hihi..
dimaafkan ta??
Selepas setengah jam dari waktu mate tertutup, minda pon da ke alam mimpi, kepale pon da berat..Giliran henpon Samsung kesayangan pulak menganggu ketenteraman ketiduran saye. **tengok skrin** Nombor ta dikenali..eh..! Siapakah berani menganggu lena saye ni.. Grrrr.~ (bengang)
"Hello..~Sape ni.." suare manje serak2 kahak plus ngantuk.
'Ja, kenal aku x?' 
* Ja adalah panggilan manja di zaman sekolah.
Saye diam menghayati suara lemak2 tuh.err..~ Hajar. (kawan sekolah yang namenye same dengan saye. Siti Hajar namenye..)
*sokseksokseksoksek..~ 'Ja, aku nak kawen bulan seblas ni.' bulat mate saye ..!! Ting3..!
WHATTTT!!! noooooo~ 
hehe.. gimik kene lebih.. =)) Gambaran kegembiraan yang melampau ditambah terkejut.
    Ya Allah..  Kawan baik aku da nak kawen. Katenye 11.11.2011 ni la. so, malang sekali bagi saye sebab ta dapat bersame dengan kawan2 tersayang meraikan hari gembira kawan baik kami ni.
sobs.~ syahdunye. Nak wat cemane tuntutan kerje.Ceh.. keje konon. Sebenarnye saye waktu 6x11 tuh saye ade kat kolej. Final exam. Sedihnye ta pat bersame.
    Takpelah. Nak wat cemane kan.Untuk Siti Hajar Binti Hamzah. Selamat menempuh hari2 bahagia. InsyaAllah. Semoga kekal bahagia. Tak lupe pade gepren2 saye. Jangan lupakan daku disini..
Uwaaaa~ =(( Geng. Beta tak dapat pulang untuk berjimba bersama dayang2 sekalian. Beta harap kalian dapat memaafkan beta..
XOXO
my gelpren2 tersayang. bakal pengantin bertudung pink tuh..
rindu.sobs.



Monday, October 10, 2011

rambut ketak2.!

Yeeeeehaaaa...! best melampau ase arini sebabrambut da jadik curl. weeee..~
Alkisahnye. Pagi tadi mood elok selepas aerobik.. hee.. Angin tibe2 datang selepas menyedari jeans yang semakin ketat. Aerobik. Terima kasih kawan2. haha

oke.! jangan tertipu ini gambar 2tahun lalu semase jadi cekgu erobik.
Lepas mengemas, mengiron,mengon9.. hehe. Di call oleh Sharipah Al Bebe.(Bebe). Name tuh saye yang bagi sebab.. err,, sebab comel. keh3. Bebe call suruh g makan plak kat bilik die. Aishh.. Baru bakar lemak. dah menambah lemak lagi. huhu..
Makan mee berkuah hasil air tangan Bicuk, Dada,Azie... Temkiu sayang2,, sebab feed saye macam2. Pas Mengumpul lemak dengan mee, sambung plak dengan mangga.. Awww.~ Sodaappp.!
Lepas tuh.. Sesi melepak bersame teman2 tersayang. Weeewiitt..~
Mase tuh la tangan si Azie ni duk buat lipan kat pale i... Oke. Walaupun rambut ta panjang sangat. Tapi suke sangat.
Mule2 die ikat dulu ambut saye. Then die wat lipan. Lame jugak macam tuh. Bile da malam,.. Teng3~

bukan saye yang sebenar.

Macam Beyonce..~ (rambut sahaje) aicececeh...~ tade sape nk cakap. so, diri sendiri cakap sendiri. hihik..
agak poyo.. oke. bai.!

Sunday, October 9, 2011

Melayu mudah lupa

Tajuk entry di sedapkan dengan kate2 idola saye.. Tun Dr Mahathir Mohamad.. Walaupun xde la kene mengena sangat. Tapi nak jugak. haha. Saye nak cakap pasal seseorang yang berubah bile die da berjaye.

Semalam, waktu saye tengah sedaappp~ dibuai2 mimpi indah yang memuatkan Seth Tan sebagai hero utama, saye dikejutkan dengan panggilan dari seseorang..  S** namenye. Kawan baik saye sejak saye menuntut di  kolej kesihatan milik KPJ.Walaupun xlame saye kat situ  (beralih arah ke bidang nursing) hubungan kami memang rapat. Ape saje yang berlaku kat die, die akan cerita kat saye. Rasenye hubungan kami lebih rapat bile terpisah macam ni. Umur kami same. Kami memang rapat. Kami kenal bile kakak S**, kawen dengan pakcik saye. Err.. cemane hubungan family tuh susah nak terangkan. Tapi kami jadi kawan baik bile kami study kat kolej KPJ tu.. MAse tu kami same2 amik Dip Pharmacy. 
Bercerita tentang Shu, die cantik orangnya, bertubuh genit, wajahnya yang manis ditambahseri tahi lalat di tepi bibir dan hidung mancung yang diwarisi dari ibunya. Manja tetapi tegas, sangat teliti, garang bile dengan pakwe, suka makan udang bla,bla,bla.... 

my gula2. <3

Kami da lame x  berhubung sejak henpon die ilang. Katanya nombor telefon saye pon hilang. So, semalam saye ade terbace post kat Fb, n saye pon sms la.. Rase nak merajok pon ade, yela aritu saye da sms pon.. Boley die xsave no saye.. Haiishh..~ Marah kang..  Hahaha.. Acah je.. Naseb baek sayang.. hii..
Berbalik pade panggilan di tengah malam tuh.

S**mengadu yang die terkilan dengan ex boy die.Katenye sedih sangat bile pengorbanan n kesetiaan die berakhir macam ni. Al kisahnye,si exboy die skang ni da ade aweks baru.Ex boy ade awek baru.. Oke. Isu biase. Tapi tulaa, dalam situasi ni, nak jugak cite. S** ni da kapel ngan laki tuh almost 3 years kot. Mase tu, kalau ta silap laki tu baru je kua dr Uitm. Die y kua or dikeluar ta tau la plak kn. Wallahuallam.. hihi.
Macam mane jumpe tu takyah cite la kan.. Yang penting keadaan dorang mase tuh kan. Agak hairanjugak la saye macam mne S** boley trime dak tuh. Si S** ni mase tuh masih frust lg dengan Exxxx yang dulu. Sampai die betul2 ta percayekan laki. Tade ati langsong la kat laki mase tuh. Macam mane die boley bukak hati saye pon ta tau sgt..
Laki tu mase dorang mule2 kapel, dalam keadaan down la. Bru kua Uitm, bru nak start dari awal. Die pon amik keputusan untuk amik STPM kat skolah swasta. S** ni la yang banyak support die. Mase dorang kapel memang ler saye jeles. Hape taknye. Asyek gayott je. haha. Dulu ingat tak yang Digi Happy Sim tuh. Hadoii..~ boley dikatekan 23/7 la doran ni dok gayut. Si laki tuh nampak bersungguh2 sayangkan S**. Willing do anything. Pernah jugak saye temankan dorang dating. He seems so caring. S** ni buat macam2, marah laki tu selalu , tengking2, merajuk2 tapi si laki tuh sangat lah sabae dengan S** ni. Mase tu saye ase si S** ni bertuah betul sbb jumpe orang yang penyabar. Yang paling sengal, Die S** selalu dera laki tu nyanyikan lagu untuk die sebelum tido sampai la die tido.. haha/

Tapi disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Ditakdirkan Allah, mereka bukan diuji dengan kesusahan, tapi sebaliknya. Laki tuh ditawarkan bekerja dengan kerajaan. Keje ape saye tatau la. Lupe.. Alhamdulillah. Hidup die makin senang.Kate S** , laki tu berubah sedikit2. Lame2 makin dingin. Die dah tak sesabar dulu. Panas baran, dingin, jarang nak hubungi S**.
Bertambah2 lagi bila S** da abis study dan ditugaskan bekerja di Pulau Pinang. Semakin jauh la hubungan mereka. Bukan setakat jarang call dan mesej. Siap off henpon bile S** call. S** digantung tak bertali. S** tetap setia menunggu laki tuh balik padenye. Katanya die yakin ngan cinta laki tu.Die slalu berharap laki tuh akan berubah jadi macam dulu. Tapi harapan tinggal harapan. Malah makin serius. Laki tuh acuh tak acuh je. Entah ape yang jadi 2 3 bulan lepas, n dorang decide untuk clash.
Apa yang menyedihkan saye bile S** jadi macam dulu. Pintu hati die tertutp terus untuk lelaki. Bukan tak ade lelaki yang lebih baik dari laki tu datang, Kate S** cuma laki tuh je ade dalam ati die skang.

Haishh.. Susah kan bile berdepan dengan pilihan kehidupan ni. Kita punya pilihan untuk hidup lebih baik sebenarnya. Keegoan hati memaksa kita hidup dalam kegelapan. Ya, mungkin masa silam itu manis. Tapi itu mase silam Diulangi. MASA SILAM. Tak mungkin boleh diputar balik. Kita dah tak boleh ubah mase silam . Kita hanya mampu mengubah mase depan. InsyaAllah..
PS: Untuk diri sendiri jugak.

Sunday, October 2, 2011

the memory lane

Pagi Ahad yang nyaman .. Pagi2 lagi da bangun semangat na g Pasar Karat. Ipoh seyh.. Kenape Pasar Karat?? Ha. Ni yang nak pegi tengok sgt tuh. dak2 ni cakap best. Dorang kate saye mesti suke. Sebab kat situh banyak barang2 Vintage.. Baju, kasut, beg.. macam2.. So, pagi tadi saye dan teman2 seangkatan pon pegi la menjelajah.. 
Da sampai sane. Tacing gile tengok orang ramai kat sini . Memang banyak barang2 yang saye rambang mate nak beli. Macam2 adaaa~  Tapi macam musykil plak tengok sesetengah peniaga yang jual kasut 2 3 pasang, mane dapat agaknye erk.. Haaa..~ Fitnah tuh dose. Tapi ta salah kan kalau kite na muskil. Mane la  tau tuh barang curik. Mane la saye ta musykil, ade kasut cop KKM (kasut Nurse) pon ade.!! Melampau.. haha.. Si mabok mane la nak beli gamaknye. Abes da die jual tuh, ade la pembelinya erk..
excited gile tengok benda2 eksotik nih..!!

ni kalau ayah i tengok ni misti suke.!~

Last2 pusing punya pusing. Satu pon ta beli. Bukan ta berkenan. Save budget.. keh2.. plus, malas nak memilih.Dulu saye tukang ikut je. Orang lain yang pilihkan.. haha.. Kalau bukan abang kesayangan saye, adek kesayangan saye. Kalau tak pon, ex boipren kesayangan. Dorang tukang pilih, saye tukang approve.
Standard la remaje kan. Pemalas tuh lebey.. huhuk..

So, balik la ke bilik semula.. Menghabiskan hujung minggu di bilik bersame teman2 tersayang.. haha..
jom ! Zzzzz~

Saturday, October 1, 2011

Final macam takde effect

Menghitung hari - hari menghadapi final exam .. Haishhh.. ~ Buku2 xde niagt nak belek pon. Takot bukan maenn.. hihi.. Sebeanrnye exam final memang da tak lame pon lagi. Saye maseh main2 lagi.. Ape masalah saye pon tak tahu. Malas tahap kritikal sampai saye sendiri menyampah ngan peel saye nih.

Sepatotnya sekarang dah sibuk study da. Tapi hidup kat sini maseh rileks je. Maklumlah. Kolej besar sekarang. Mane sempat pengajar nak amik tau pasal kami. Kami ape lagi. Study malas. Bile lecturer nak buat kelas lagi la malas.. Akhirnya result cam hape..

Ape la agaknye naseb kitorang nnt. Tamau malas dah.! Nak bace  buku da...
sobs.. tamau repeat semester.. tamau3.!!!