Saturday, December 10, 2011

Malam ke pagi

Dah 2 3 hari saye macam ni. Buat tu tak kene buat ni tak kene..Haishh..~ what is happening to me.. gOsh this feeling make me having a hard time.. Tiap-tiap hari asyik je termenung. Pikey pasal hape pon tatau. Tapi fikiran asyik je melayang ntah kemane2. Nape ni? Simptom hapekah melanda kamu ni Miss Farah. Makan pon ta lalu(yeke??) . Saje nak bagi sedap cite kn..
Malam ni xley tido lagi. Kali ni bukan sebab angau da. Ngeee~=)

Pikey punye pikey.. Baru bley detect. Hari- hari terakhir pakai uniform putih ni dengan Peeps merah ats bahu. Ta lame da nk buka peeps tu. N tade lg. Ade line biru. Line biru ta datang dengan tangan kosong. Datang dengan tanggungjawab yang berat. Ya Allah.. 3tahun ni rase sekejap saje…
dulu datang dengan otak yang kosong. Budak sangat la.

ade hijau

lepastu biru

sampai merah.

Tapi sekarang?
bukan tepu otak saye ni. Tapi berisi..Alhamdulillah.. Hari- hari yang mendatang semakin mendewasakn saye.
Ilmu, pengalaman. Sume tu.. Buat saye rase bangga jadi Siti Hajar Farahah. Terima Kasih Ya Allah..

Dulu, kami dari kolej kecil. Bandar kecil. Yapp! Kecik yang comel, kecik yang gah namanya di Malaysia.Kecik yang tinggi nilai di mata semua. Kenape? Haaa~ Mesti orang ta tau grup saye pernah dapat tempat kedua terbaik di Malaysia(kolej KKM saje) . Di bawah sebuah kolej kecik, di bandar kecik.Taiping~
in Memory..
Mengeluh lagi malam ni. Yepp.! ridu lagi pada taiping.. Rindu lagi pada kawan. Dulu. waktu dulu kite.
**diam
rindu.=(

nanges. oke. T_T

Thursday, December 8, 2011

so what?

tadi ade orang cakap saye suke post ngarut2 lam blog?
hahaha~(gelak jahat)
i dun care.!
=))
suke ati la...

Monday, December 5, 2011

Nak senyum! lame2..~

Setelah sekian lame ta membelog kan diri.. Kesibukan exam, induksi.. At last berakhir.. Minggu Induksi ni menyaksikan jatuhnya ego budak2 nurse n budak MA..Minggu seribu nostalgia..
aksi biasa bile ade ceramah.

latihan yang dasyat.!

kawan2 SEPAKAT.!
<3

oke apis, ak nyanyi tu kau.!

kawan skolah dulu. Mad.

sebahagian ahli grup 5..
si daus n si betty

jawatan biase bagi saye bile ade majlis.
oleh kerane ta sempat lg nk bercerita panjang.
nk letak gambar la.

kata yuna,--> setiap gambar ade lagu..

Sunday, November 20, 2011

oke. lambat.!

Hari-hari selepas exam. Alhamdulillah.. da lulus da semua naya. How do I feel? Happy, calm, bebas, malas, gemok. Erkk! Yess ayat akhir tuh menakutkan.. Sangat!! I’m gaining weight. A lot kot.. huaaa~=((

 Cerita Aidiladha.
Memandangkan exam jatuh pade hari selepas raye haji, so, cerita raye haji ta sempat nk hapdett.   Sebelom kami semua bebudak nurse  ni balik ke kampong untok raye haji banyak kotrovesi yang melanda.  Kejap boley balik, kejap ta bley balik.. haisshh.. marah betul saye. 

2 ari sebelom raye tuh, lecturer pond ok main tarik tali . Boley. Ape lagi.. carik tiket semuaaa!
Situasi biase bagi rakyat jelate Kelantan y duk di perantauan.. Tiket habes..  sobs.! So , nk tanye lg best ke tak raye haji ni.?? Hahaha..(senyum sambil kacip gigi)

tumpang beraya kat umah patient
pikey punye pikey. Saye kene sambut hari raye taun ni. Ta mau sejarah beraye kat kolej  berulang lg. Tamau2.!!  

So, misi mencari keluarga untuk berhari raye bermula. Memandangkan nak balik Kelantan mmg da tade harapan kan.  then.. Tinggg!! mentol lampu mrnyala.

Teringat nenek sedare, macik2 yang ta balik kampong. 
Call. ** Oh. gembiranya mereka sebab saye nak raye kat kL. Alhamdulillah.. Saye ade family lg.. Walaupun jauh, tapi tetap ade family. Best kan..

So, 1st day. Di rumah nenek saudara. Yepp! jauh jugak la hubungan kitorang. Tp yang penting kite memang rapat. 
1day befor raye, saye pon balik ler umah Bapa saudaraku. hehek.! Sadis pulak nak beraye umah nenek sedare sedangkan bapak saudara ade jer kt kL. 
There, i feel  more like home la. Sebab ade sepupu yang nakal, ade makcik yang best. Kami sesame masak untuk raye. .
I'm feeling home, even rumah die 3 kali ganda lg mewah dari rumah saye kn..=D Cume feeling like my siblings are here..
thanks! for making me feel home.
Then, last day kenduri kat umah nenek sedare tuh.. waaaaa~ feeling home.! Seriously..

Alhamdulillah.. comforting Aidiladha.. Thanks everyone.!

Wednesday, October 26, 2011

I LOVE my career (err..i mean my future career)

I'm counting days. Final for Diploma In Nursing. Pheuhh~ Tapi , sebelum menyambung kerja2 mentelaah ni, mengoogle, memfacebook dulu.. Rutin pagi di hari cuti  ni, atau kalau kerja shift petang. Blogwalking..Yeay!
Jalan punye jalan.. Jumpe artikel ni. So, dapat mengurangkan stress jadi nes ni, n bagi semangat nak exam.
artikel ni saye pernah bace kat Metro. Dalam ruangan surat2 tuh rasenye.. Tapi ade orang da taip buat entry or note kat facebook. Menarik unuk direnungkan.




Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.


Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?
Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?
Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?

Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?
Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.
Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?
Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?


Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.
Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.
Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat.
Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.
Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.
Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.
Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.
Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.
Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.
Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.
Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.
Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.
Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.
Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.
Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.
Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?
Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.
Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.
Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.
Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.
Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.
Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.
Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.
Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.
Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.
Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


Hargailah jasa mereka.
thankz pada org yg tulis ni =)

i'm proud to be one of NURSES out there..