Wednesday, August 24, 2011

Hina dunia.

Hari2 terakhir Ramadhan.. Sayu nye rase. Xsempurna ibadah terawih tahun ni. Disebabkan peraturan asrama kami semua tidak dibenarkan keluar dari pagar selepas jam 8 malam.. Jadi kalau y ade inisiatif tuh die akan buat terawih sendiri la..Ada betulnya jugak peraturan tuh. Demi keselamatan kami para2 wanita yang lemah ni.. Kami akur.. Kepulangan seye semula ke Hostel Kolej Kejururawatan Taiping menggamit nostalgia lame..


tempat berkumpul sekalian manusia petang & malam
Oh sirius. Rindu sekali..  Walaupun hanya seminggu. Cukuplah.. Walaupun status student KKT da takde. Da bertukar jadi KSKB. Cukuplah. Saye sempat tersenyum melihat bekas bilik2 saye, n kawan2. Masih terbayang2 kami tergedik2 bersenam. Berlari mengenakan sesame kami. Menjerit2 memanggil kawan yang di tingkat atas. Gelak ketawa yang ta pernah surut ..
Yea. Saye nangis bile saye sampai disini. 
T_T






Kali ni kepulangan saye ke hostel ni. Untu praktikal.. Wad medikal .Lelaki.
Hari ni saye mahu berkongsi cerita tentang pesakit saye. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa. Tapi sekadar teladan kite bersame.


Pagi tu, seorang pesakit lelaki dibawa masuk ke wad menggunakan kerusi roda. Badanya kurus,dari raut mukanya, badanya.. kami sudah mengagak. Mungkin pesakit ini kategori 'Bio Hazard' maknenye ade pnyakit berjangkit.
Jadi , sebagai nurse, saye mengambil surat rujukan beliau.

      Lelaki itu India muslim, berusia awal 30 an, masuk ke wad kerana mempunyai Cellulitis di kedua2 kakinya.(Cellulitis = inflamasi. kudis  besar) Dirujuk dari klinik pakar. Saye tak terkejut melihat sejarah perubatan beliau yang mempunyai  HIV, HEP c+.. Allah Maha Besar.. Saya hanya beristigfar dalam hati..
Kasihan melihat lelaki itu. Sakit katanya.Saye segera memakai PPE (personal protection equipment) untuk menyambut lelaki itu.
      
     Kemudian saye ditugaskan untuk membersihkan luka di kaki beliau.. Ya Allah..Saye hanya tersenyum dan mengucap panjang dalam hati. Kata doktor die perlu diberi ubat tahan sakit sebelum dressing dibuat. Saye mengangguk. 




   Melihat lukanya.. Tuhan saja yang tahu.. Sekali saye menyentuh kakinya, menitis air matanya menahan kesakitan. Sesekali dia menyelak baju pesakit yang dipakainya. Basah dengan peluh.Sakit. Kelihatan tatu naga memenuhi dadanya yang kering.Serentak itu daging yang telah buruk jatuh di atas pelapik yang telah saye sediakan. Ade jugak yang melekat pada kapas basah. Bau luka itu tak ubah seperti bangkai yang telah lama ditinggalkan. Nanah tak henti keluar dari lubang2 kecil luka itu. 
   Seketika kemudian dia minta saye berhrnti sekejap.Tak tahan sakit katanya. "Kak , tolonglah kak jangan tekan luka ni". Saye jawab tak boleh sebab saye kena keluarkan sisa2 sel mati tu. Kalau tak kulit baru tak tumbuh.. Dia mengangguk lemah sambil tanganya memegang paha menahan kesakitan. Saya lihat tatu jarum dan tengkorak di tangan kanannya.
ibarat macam ni la luke die. tapi lagi hitam sebab banyak nanah.
Gambar google.=)

lame2 jadi  gini la..
nak?? kongsi la jarum. buat la seks rambang.Amik la dadah.

Dalam mase membuat dressing saye pon berbual dengan die..
  Ceritanya dia mula menagih seawal 1998.. Mula berjinak dengan jarum awal 2002 hingga 2009. 

think befor u do

Katanya dia mula berubah meninggalkan kancah hina itu apabila dia mula mengenal Islam.Katanya ade seorang ustaz yang membawa dia ke jalan Hidayah ini. Ihsan ustaz itu yang melindungi dia dari panas. Kerana ustaz itu dia mendapat zakat dari Baitulmal.Alhamdulillah, masih ada yang prihatin. Katanya lagi, die tenang selepas memeluk Islam. Walaupun keluarganya telah lama membuang dirinya. Tambahan dia sudah menjadi muslim.
Saya hanya mampu menyuruh dia bersabar.  Sebelum saye meninggalkan dia, sempat saye berpesan, "Encik, kat hospital tak boleh merokok" Dia ketawa..Kerana saya dapat menghidu bau rokok dari badanya.

Cerita seorang bekas penagih ini mungkin selalu kita lihat di tv. Tapi saya bertuah kerana berjumpa dengan mereka. Mengenali mereka, menjaga mereka. Mereka memerlukan sokongan dari kita untuk berubah. Mereka mungkin dibuang masyarakat. Hina nya mereka di mata kita. Tapi itu Hina Dunia siapa tahu..
Allah mengangkat darjatnya lebih tinggi dari kita yang dilahirkan sebagai Islam

Namun saya tahu. Mahu disalahkan siapa?? Kita sendiri. Kita yang memilih jalan hidup kita.. Jadi akibatnya kita yang tanggung. Allah itu Maha Adil. Setiap perbuatan ada balasanya. Namun Kita jangan lupa. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani..
Siapa kita disisi Tuhan..?? Tepuk dada tanya Iman..

acah je. belom pakai biru lagi.
Dari mata seorang jururawat biasa..=)











2 comments:

  1. yg penting jgn mual..kalau dah mula menagih mmg takleh benti...nauzubillah..

    ReplyDelete
  2. da lali da.. Xkesah da..
    tuh la.. Hanya tuhan y tahu siksa mereka..
    moga diberi hidayah..

    ReplyDelete

kawan2 si gemok.