Sunday, September 25, 2011

hidup yang sekejap.

beberapa hari yang lalu....
  Khabar kematian menyinggah di cuping telinga . Pemergian bunda teman baik sungguh meruntun jiwa..  Mendengar suara esakan di hujung talian membuat mataku berkaca. Oh teman.. Tabahkan hati.. Sudah tiba masa menunaikan janji Tuhan.. Sudah tiba masanya dia menyambut alam lain. Kita? Entah bila, Entah bagaimana.. Tenanglah temanku..  Dia sudah pasti pergi. Pergilah dia dengan aman . Sebagai anak, doa.. Doa anak Soleh  menjanjikan syurga bagi ibu bapa.. itulah bukti kita menyayangi mereka. Bukan esak tangis kita yang mereka mahu.. Bukan meratap merayu di kuburan.. Doa..
Mati itu pasti bagi setiap yang bernyawa.. Semgoga kita peri dengan iman.. Amin..
Buat Allahyarhamah bunda teman baikku.. AL-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

kawan2 si gemok.